Monday, November 14, 2011

Bakat





"Bakat ialah kebolehan semula jadi seseorang dalam sesuatu bidang sama ada penulisan, nyanyian, lukisan dan sbg"

Semua orang mempunyai bakat yang tersendiri dalam diri mereka sama ada mereka sedar atau tidak. Bagi bakat yang ditonjolkan ianya adalah bakat yg terserlah manakala bakat yang tidak ditonjolkan ianya adalah bakat yg terpendam (dormant state). 

Bagi saya bakat seseorang itu haruslah ditonjolkan dan digunakan dengan sebaiknya mengikut minat dan kebolehan setiap individu. Namun, jika bakatnya masih terpendam maka carilah ia sampai jumpa!  Maka bagi saya jika seseorang itu mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan ianya selari dengan minat dan cita-citanya, maka amatlah wajar sekiranya dia mengejar cita-citanya itu. Jadi jika bakat seseorang itu adalah dalam berpidato dan mempengaruhi orang lain, maka wajarlah jika dia menjadi pakar motivasi ataupun ahli politik.

Namun harus diingat biarlah bakat yg ada dalam diri seseorang itu selari dengan minatnya. Jika bakatnya ada akan tetapi minatnya tiada, maka tidak ada pengisian dan penerimaan dalam hatinya menerusi setiap tindakan yg dilakukan. Akibatnya, kualiti karyanya sudah pasti akan menurun  jika dibandingkan dengan sekiranya dia mempunyai minat yg selari dengan bakatnya. Sebagai contoh, seseorang yg mempunyai bakat untuk melukis akan tetapi tidak mempunyai minat untuk melukis maka jika dipaksa supaya dia menjadi pelukis, akibatnya setiap kali dia menghasilkan lukisan, apabila tiada keredaan dan penerimaan dalam hatinya, lukisan yg dihasilkannya nanti sudah pasti tidak akan secantik lukisan yg dihasilkan sekiranya dia mempunyai minat dan keredaan hatinya terhadap lukisan yg akan dilukisnya.

Oleh itu, perkara penting yg ingin saya sampaikan dalam entri ini  adalah "Bakat" dan "Minat." Bakat dan minat haruslah seiring barulah hasilnya akan menjadi. Di sini saya sarankan supaya kita bertanya kepada diri kita sendiri adakah bakat yg ditonjolkan ini selari dengan minat dan kemahuan kita ?

Find your voice by asking your true self. Discover and unfold it!!! What you really want, only you can answer it, no one else can. After you find it, decide and say it to yourself "Today what I have decided will make me not to regret anything in the future, regardless of how dreadful and cruel the path might be."

Temukanlah bakat anda dan temukanlah suara hati anda dan lihatlah jalan yg terbentang di hadapan...Ini adalah hidup anda maka andalah yg menentukannya. Semoga berjaya...

                                                                                                                            Expressi Dunia Baru

No comments:

Post a Comment