Monday, November 21, 2011

Twisted

Our life resolves around the important decisions that we made. Well, let's see how far my naive decision can bring me.
Salam, hi dan hello to everyone!!! Cheer up!!! :) Di ruangan ini hanya ada aku dan "aku." Kenapa ada 2 "aku" ? Sebab aku percaya setiap manusia ada 2 personaliti dan identiti dalam diri mereka. Satu identiti adalah apa normal dan diperlihatkan ke umum dan satu lagi identiti dan personaliti yg tidak diperlihatkan kepada umum tetapi diperlihat kepada hati. Ianya personaliti yg terkurung. Tidak dilihat di dunia luar dan hanya mampu berbicara dan menunjukkan dirinya dalam dunia dalaman(hati) setiap orang.
Expressi Dunia Baru ini aku buka untuk personalitiku yg terkurung itu membebaskan dirinya dan keluar daripada kepompong hati.
"Aku ingin bebas!!!" Yup, itulah luahan pertama "aku." Aku betul betul bebas di ruangan ini. Bebas untuk berbicara dan memuntahkan segala yg terpendam dalam hati selama ini. He3(Senyum sinis)...Baiklah disebabkan ini adalah entri pertama dan aku berasa cukup gembira pada masa ini(sekarang), maka aku akan berbicara mengenai diriku. Siapa "Aku"...Aku adalah kehendak dan kemahuan Iskandar Bin Abu Bakar. Ya, akulah "NAFSU"...Aku inginkan kekayan dan kejayaan. Aku tamak dan mahukan semuanya akan tetapi badanku@jasadku tidak mampu menunaikan kehendakku. Aku mahu menjadi seorang atlet, namun skill koordinasi aku lemah. Aku ingin berpidato kan tetapi badanku akan mengeletar setiap kali berada di pentas dan berbicara. Aku ingin menjadi genius akan tetapi otakku tidak cukup neurons untuk memproses selaju mungkin untuk memahami apa yg aku pelajari. Apatah lagi untuk mengingatinya sepantas mungkin. Sometimes, I detest myself the most for not being the best as I see fit. Damn it!!!

But somehow I realize that it (my weaknesses) made me who I am now. Though I am not perfect, I'm contented with what I have now. Besides, if I'm the best now, then there's no fun anymore in my life bcoz the fun came when we try our hardest to achieve something.  Right!
Cukuplah setakat ini...Vibe

Best, Xbest dan Isu

"The superior doctor prevents sickness; The mediocre doctor attends to impending sickness; The inferior doctor treats actual sickness" Chinese proverb.



Entri pada kali ini bertajuk "Best, Xbest dan Isu." Apa yg bestnyer jadi medical student dan apa yg x best serta isu-isu yg selalu dihadapi oleh Muslim male medical students di RCSI (tempat aku belajar).

Apa yg bestnyer jadi medical student nie? Hmm, ZAss:

1). Semestinya POpular. Popular untuk dijadikan calon menantu. Popular untuk dijadikan pacar dan suami. Popular di mata student2 course lain.
2). Kerjaya yg cerah pada masa hadapan dengan gaji yg tinggi.
3). Dihormati pada mata masyarakat walaupun belum jadi doktor lagi.he3
4). Elaun banyak...Hmm, cukuplah simpanan tu untuk kahwin klu pandai berjimat.
5). Dpat travel around different countries. Melihat alam ciptaan Illahi.
6). Dapat capai niat dan cita-cita untuk promoting, maintaining or restoring human health through the study, diagnosis and treatment of disease, injury and other physical and mental impairments.



Apa yg xbestnyer jadi medical student nie? Layan:

1). Terlalu banyak dan kompleks subjek2 yg perlu dipelajari di universiti.
2). Sibuk sangat sampai terpaksa memilih antara social life, proper sleep and high marks in exam.
3). Risiko tinggi untuk fail subjects, repeat subjects, repeat year dan balik ke Malaysia dengan hutang beratus ribu. Facepalm.


Dan akhir sekali apa isu-isu yg sering dihadapi oleh Muslim Male Medical Student? Jom kita baca:

1). Semasa praktikal exam, kadangkala patient yg diberikan adalah wanita.
2). Kadang2 class clash dengan waktu solat. So, nak xnak kene escape kelas 10 minit la...
3). Kat RCSI nie Irish accent english as a medium of learning. Therefore, klu nak faham lectures, kite kene duduk kat barisan depan baru boleh dengar dengan lebih jelas. Irish accent lain bunyinyer.


Sunday, November 20, 2011

Life and Flashback



"A flashback is a psychological phenomenon in which an individual has a sudden, usually powerful, re-experiencing of a past experience or elements of a past experience." 

Kadang-kadang apabila kita sedang melakukan sesuatu pekerjaan, terlintas di fikiran kita tentang perkara-perkara lampau yg pernah kita alami. Ada perkara yg menggembirakan, sedih, menyeronokkan dan sebagainya. Perkara yg sudah lepas inilah yg dipanggil pengalaman. Pengalaman yg mendewasakan kita dan mengajar kita akan maksud kehidupan yg sebenar. Itulah yg sepatutnya.

Hidup ini ibarat jam pasir. Sedikit demi sedikit pasir itu turun dan selama itu jugalah masa bergerak. Maka apabila tamatnya kitaran jam pasir itu, maka tamat jugalah riwayat hidup kita di bumi ini. Apa yg aku faham, masa itu pendek, sangat pendek sehingga kita akan berharap supaya lubang pada jam pasir itu mengecil supaya pasir akan lambat turun dan kita akan punyai lebih banyak masa. Namun, itu tidak mampu kita lakukan. Oleh itu, selama mana pasir itu masih bergerak, gunakanlah masa yg kita miliki dengan sebaiknya. Untuk itu, dalam hidup ini penuhilah masa dengan memiliki matlamat tentang sesuatu yg kita inginkan. Setelah itu, berusahalah sehabis mungkin untuk mencapainya walau sebanyak dan sesusah manapun cabaran dan halangan yg bakal menimpa.

Remember 

"What stop people is not not despair, but GIVING UP and what makes people move on is not hope, but WILL" 

Therefore, have a strong will. Selain itu, (pesanan dari saya) jalani hidup anda juga dengan berusaha menjadi individu yg baik dan cemerlang dalam segi jasmaninya, emosinya, rohaninya dan keintelektualnya. Jadilah contoh teladan yg baik kepada orang lain. Remember, "People see, People do." 


A short poem from me:
Dahulu dan Hari Ini

Jika suatu masa dahulu aku adalah seorang yg introvert, hari ini aku adalah seorang yg extrovert.
Jika suatu masa dahulu aku adalah seorang yg pemalas, hari ini aku adalah seorang yg rajin.
Jika suatu masa dahulu aku adalah seorang yg bodoh, hari ini aku adalah seorang yg bijak. 
Jika suatu masa dahulu aku adalah seorang yg penakut, hari ini aku adalah seorang yg berani.
Jika suatu masa dahulu aku hanya sekadar melihat perjuangan menegakkan kebenaran, hari ini aku adalah pejuang itu.
Jika suatu masa dahulu aku kalah, hari ini aku adalah pemenang.

Dan jika hari ini aku gagal, maka pada hari esok aku pasti akan berjaya!


PS: Semua yg telah aku lalui dalam hidup inilah yg membentuk diri aku pada hari ini. Baik atau jahat diri ini biarlah Yg Maha Esa yg menentukan di akhirnya nanti. 

Wednesday, November 16, 2011

Kata kata Yg Terlintas Di Fikiran



Coward people are people who view other people efforts as ineffective and yet doing nothing to help. Well, we really don't know how effective an effort is until we try. That's what I learn in manga, not in our reality. It's sad to see how deep we had sunk in this world.

Sometimes our little effort is viewed as a useless and ineffective, but don't be sad because you won't know how effective an effort is until you try. So, keep trying until you succeed.

Sometimes when the rules don't work out as what you desire. Break it!!!

Tuesday, November 15, 2011

Cinta di Hati

"Cinta bermaksud perasaan kasih sayang terhadap seseorang."
Hari ini topik kita adalah tentang CINTA. Cinta sesama manusia supaya lebih jelas dan tidak disalah faham. Ada apa dengan CINTA? Sehinggakan ramai orang sanggup berkorban apa sahaja deminya seperti menghabiskan duit untuk kekasihnya, tidak tidur malam semata2 mahu skype, berubah personaliti (suara garau menjadi lembut) dan ada juga yg sanggup membunuh demi cinta. Adakah CINTA begitu bernilai sehingga begitu besar dan banyak pengorbanan perlu dilakukan? Adakah cinta itu lebih bernilai daripada segunung emas, permata dan duit? Begitu banyak persoalan yg tidak mudah dijawab apabila kita berbicara tentang CINTA. Begitu kompleks CINTA itu sehinggakan  saya yg sudah hidup selama lebih 21 tahun di muka bumi ini pun masih belum betul2 faham maksud cinta yg sebenarnya wallaupun pernah bercinta dan putus di awal perjalanan. OK stop.

Well, I think its better if I leave the question until I really understand the meaning of LOVE. By then let's talk about my own version of CINTA.

Hmm, apabila kita berbicara tentang "my own version of cinta," maksudnya I will write about "ciri2 wanita yg saya akan kahwini."

Ciri-ciri wanita idaman saya (Macam esei darjah 1 jer) :
  1. Wanita tersebut mestilah wanita sejati, bukan SHEMALE.
  2. Wanita tersebut mestilah bijak dalam segi pendidikannya (at least diploma).
  3. Wanita tersebut haruslah peramah (sebab saya pendiam orangnya).
  4. Wanita tersebut haruslah berdikari dan tidak terlalu manja (manja itu perlu cuma jangan sampai tahap gedik).
  5. Wanita itu haruslah cantik atau comel (cantik dan comel itu subjektif).
  6. Wanita itu haruslah tahu menghormati ibu bapa kedua-dua belah pihak (tak nak tiap2 tahun balik raya kampung die jer xpernah nak balik kampung kita).
  7. Lemah lembut dan baik hati.
  8. Suka binatang especially kucing.
  9. Pandai memasak dan menjaga anak.
  10. Bertudung.

Ok then, tu jelah ciri2 wanita idaman buat masa nie. Sapa2 yg ada ciri2 nie dan sudi...Apa salahnya perigi cari timba...:D


Monday, November 14, 2011

Ashida Mana my Favourite Actress and Singer




Ashida Mana is a Japanese child actress, Tarento and singer from Hyogo Prefecture. She is currently represented by JobbyKids Agency.
Mana Ashida first acted Asahi broadcasting Corporation's ABC Short Movie 2, though she rose to prominence only after she starred in the popular television drama Mother. She later became the youngest lead star in Japanese drama history when she starred in the special drama Sayonara Bokutachi no Youchien. She is also the youngest lead actress when she starred in a television serial drama when she acted in the serial drama Marumo no Okite on the spring of 2011. Furthermore, she starred in Japanese films such as Confessions and Usagi Drop.
In addition, Mana Ashida and her co-actor Suzuki Fuku sang the 2011 hit song Maru Maru Mori Mori, the theme song for the television drama Marumo no Okite.
Mana Ashida revealed that she looks up to the K-pop group KARA. She lists her favorite foods as cucumber, fried vegetables, Sukonbu and Kameni and she dislikes eggplants, pumpkin and milk (Revealed on Shabekuri television show). She also said that she was "hooked on cycling a unicycle". Another interest of hers is reading.
She received a number of awards:

  • 34th Japan Academy Awards: Rookie Of The Year for Ghost in Your Arms (2011). 
  • 4th Tokyo Drama Awards: Special Award for Mother.
  • 65th The Television Drama Academy Awards: Best Newcomer for Mother.
  • 14th Nikkan Sports Drama Grand Prix: Best Supporting Actress for Mother.
  • 2011 Tokyo Drama Awards: Best Performance by an Actress for Marumo no Okite and Sayonara Bokutachi no Youchien.

Why do I really like Ashida Mana ? Simply because she's cute! Well, I was charmed by her since the first time I saw her acting in Marumo no Okite. Selain cute, I like Mana-chan bcoz' suara die tegas and I think that reflect her personality in the future bile die dah besar nanti; seorang yg tegas, garang skit dan comel. Ganbare Mana-chan! :D



               Single Mana-chan bertajuk Gyu gyu Good Sunday/Suteki na Nichiyobi



                   Sebahagian clip comel Ashida Mana dalam drama bertajuk Mother

Bakat





"Bakat ialah kebolehan semula jadi seseorang dalam sesuatu bidang sama ada penulisan, nyanyian, lukisan dan sbg"

Semua orang mempunyai bakat yang tersendiri dalam diri mereka sama ada mereka sedar atau tidak. Bagi bakat yang ditonjolkan ianya adalah bakat yg terserlah manakala bakat yang tidak ditonjolkan ianya adalah bakat yg terpendam (dormant state). 

Bagi saya bakat seseorang itu haruslah ditonjolkan dan digunakan dengan sebaiknya mengikut minat dan kebolehan setiap individu. Namun, jika bakatnya masih terpendam maka carilah ia sampai jumpa!  Maka bagi saya jika seseorang itu mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan ianya selari dengan minat dan cita-citanya, maka amatlah wajar sekiranya dia mengejar cita-citanya itu. Jadi jika bakat seseorang itu adalah dalam berpidato dan mempengaruhi orang lain, maka wajarlah jika dia menjadi pakar motivasi ataupun ahli politik.

Namun harus diingat biarlah bakat yg ada dalam diri seseorang itu selari dengan minatnya. Jika bakatnya ada akan tetapi minatnya tiada, maka tidak ada pengisian dan penerimaan dalam hatinya menerusi setiap tindakan yg dilakukan. Akibatnya, kualiti karyanya sudah pasti akan menurun  jika dibandingkan dengan sekiranya dia mempunyai minat yg selari dengan bakatnya. Sebagai contoh, seseorang yg mempunyai bakat untuk melukis akan tetapi tidak mempunyai minat untuk melukis maka jika dipaksa supaya dia menjadi pelukis, akibatnya setiap kali dia menghasilkan lukisan, apabila tiada keredaan dan penerimaan dalam hatinya, lukisan yg dihasilkannya nanti sudah pasti tidak akan secantik lukisan yg dihasilkan sekiranya dia mempunyai minat dan keredaan hatinya terhadap lukisan yg akan dilukisnya.

Oleh itu, perkara penting yg ingin saya sampaikan dalam entri ini  adalah "Bakat" dan "Minat." Bakat dan minat haruslah seiring barulah hasilnya akan menjadi. Di sini saya sarankan supaya kita bertanya kepada diri kita sendiri adakah bakat yg ditonjolkan ini selari dengan minat dan kemahuan kita ?

Find your voice by asking your true self. Discover and unfold it!!! What you really want, only you can answer it, no one else can. After you find it, decide and say it to yourself "Today what I have decided will make me not to regret anything in the future, regardless of how dreadful and cruel the path might be."

Temukanlah bakat anda dan temukanlah suara hati anda dan lihatlah jalan yg terbentang di hadapan...Ini adalah hidup anda maka andalah yg menentukannya. Semoga berjaya...

                                                                                                                            Expressi Dunia Baru

Sunday, November 13, 2011

Expressi Dunia Baru

A bit blur...Gomen ne ^^



Hello everyone ^^
Expressi Dunia Baru is my latest blog that I created for me to freely express anything that cross my mind. I'll write about trend, lifestyle, current issues, artist and etc. This is my first blog without boundaries. It's the space for "my freedom of expression". Before this I always hold myself back everytime I intend to write something and share it with everyone. But now I had courage to express what I've been holding back for many years. I hope the blog will be the start of a NEW me. ^^

Therefore, saya dengan ini merasmikan entri pertama Expressi Dunia Baru!!! Moga blog ini akan menjadi blog yg bermanfaat ^^