Monday, February 6, 2012

Hye Dunia Baru



Dunia baru, hampir segala-galanya baharu. Semester baru, jawatan baru, blog baru, baju baru dan penampilan juga mesti baru.

6 Februari adalah permulaan semester yg keempat bagiku di mana semua proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan dijalankan di Beamout Hospital dan bukan lagi di universiti. Dan disebabkan itu jugalah kami kene naik dua bas utk ke hospital (habis duit beli tiket bas :( ). Walaubagaimanapun, seronok sangat sebab apabila dah mula belajar di hospital subjek dan suasananya lebih merangsangkan otak simply bcoz' it's closer to the real  doctor's life. :)

Jawatan baru pula, pada sesi 2012/13, aku dilantik menjadi Ketua Lajnah Ekonomi dan Keusahawanan Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI). Semakin besar jawatan yg diberikan, semakin besarlah juga tanggungjawab yg dipegang. InsyaAllah, aku akan cuba menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah demi Islam dan persatuan juga.

Blog baru? Berapa banyak blog baru la yg aku nak buat. He4...Sebenarnya blog baru nie bukan blog personal, tetapi blog persatuan. Blog ini dibuka untuk dijadikan sebagai online store memandangkan aku menjaga lajnah ekonomi, jadi ini adalah sebahagian daripada usaha lajnah ini utk menjana dana. Link blog: http://www.deenstore.blogspot.com/

Baju dan penampilan baru? Mestilah baju dan penampilan baru sebab dah mula belajar di hospital. Di hospital pesakit diutamakan. Oleh itu, kami haruslah memakai pakaian formal iaitu baju kemeja dan seluar slack serta kasut hitam. Penampilan pula haruslah kemas terutamanya potongan rambut yg wajib pendek dan disikat rapi...bukan mcm orang baru bangun tidur yer...

Oklah...setakat ini sahaja...jumpa lagi :)

No comments:

Post a Comment